Saturday, October 13, 2012

Seperti Usrah DI bAwAh temPurung



psss... sharing is caring kann.. sebagai umat islam @ remaja islam yg byk kekurngan diri ni.. yg tau pk jodoh..jodoh.. n jodoh je.. tp xpenah ke kita pk.. apa yg umat islam lain alami.. so from http://dakwat.org/?p=1567.. jom kita amek tahu apa yg perlu as a muslim tau ttg perkembangan islam :)

“Anta tahu tak pasal isu umat Islam di Syria ? “
“Err..tak tahu “
“Palestin “
“Err.. tahu sikit “
“Rohingya”
“Err.. tak tahu lansung”
“Bahaya Syiah ? “
“Apa ! tak tahu pun Syiah tu bahaya “
“Kristianisasi (murtad) ? “
“Ada ke orang Islam murtad ? “
“Tak da pun” *mata ke atas tangga ke bahu !
Apa pandangan kita ?
Apa agaknya pandangan kita mengenai keadaan umat Islam di Malaysia dan serata dunia ?
1) Islam semakin baik ?
2) Islam semakin lemah tetapi boleh bertahan ?
3) Islam semakin terancam ?
4) Tidak pernah terfikir pun pasal keadaan Islam
Ada dua jawapan paling common jika saya tanyakan pada semua. Jawapan itu adalah.
1 dan 4.
Kelompok yang mengikuti usrah kebanyakannya akan mengatakan keadaan Islam semakin baik, baik di Malaysia mahupun seantero dunia.
Ya ! Itu benar. Saya tidak nafikan. Dan dalam keadaan mereka hidup dalam kelompokan itu sahaja, mereka kurang tertedah, bahawa umat ini sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat bahaya dan genting !
Maaf ikhwah, maaf sekali lagi ikhwah !
Anda berbulatan gembira, bermain belon sabun air, berukhuwah manis-manis, namun apa guna andai itu semua tidak dapat kita aplikasikan dalam dunia sebenar !
Dunia realiti ! Usrah itu bukan hanya dalam lingkungan kita sahaja.Lingkungan orang baik-baik, tetapi usrah itu menuntut supaya kita berfikir untuk ummat, pergi lebih jauh, perhalusi setiap isu lebih dalam ! Pergi pada dunia luar, buka mata, buka telinga.
Jangan jadi orang yang syiok sendiri dengan tarbiyah. Sibuk hadam segala bagai buku fikrah dan dakwah, tapi bila sebut, isu umat Islam ?ha … terlopong .. isu Rohingya ? kaum gasar apa tu bro ? Isu kristianisasi ? kau biar betul ? Sekularisme ? Liberalisme ? Ha ? Lagi aku tak tau ?
Usrah macam ni, namanya usrah di bawah tempurung !
Lalu, kelompok ke dua pula adalah segelintir kelompok masyarakat marhaen.
“Tidak pernah fikir pun pasal keadaan umat Islam ! “
Sedihnya.
Lebih sedih lagi, andai kita sebagai seorang daie tidak memahamkan pada mereka.
Isu umat islam di Syria
Krisis di Syria bagai tiada hentinya. Bermula seawal bulan march tahun lepas hingga kini, masih tiada lagi tanda mahu kunjung reda.
Syeikh Samir dengan tegas menegaskan bahawa hal ini menuntut pemerhatian umat Islam yang besar ! Sungguh besar !
“Al Aqsa tidak akan terbebas selagi Suria tidak dibebaskan ! ”Lantang, sungguh lantang suaranya.
“Ramai umat Islam kita tertipu dengan Syiah ! Tertipu ! “
“15% Syiah Nusaibah pimpinan Basyar Assad tegar membunuh, merogol,dan membakar umat Islam Sunni di Syria yang berjumlah 85% ! “
“Lalu, kita masih boleh berkata, mereka adalah hero umat Islam, hero umat Islam ! “
“Mana pergi sensitiviti kita wahai umat Islam ? “
“Revolusi Islam Iran telah berjaya memadamkan mata kita pada kekejaman yang dibuat oleh Hafiz Al Assad pada tahun 1982 ! “
“Lebih 60 ribu orang Islam dibunuh di bandar Hamra”
“Dunia sunyi sepi ! Tiada yang tahu ! “
“Tiada siapa yang tahu “
“Mana perginya umat Islam !”
Sedih.. saya sungguh sedih.
Air mata terasa mahu mengalir deras.
Kenapa aku tidak tahu ?
Kristianisasi
“Tak pe lah, biar depa p berdakwah”
“Diorang pun mahu sebarkan agama Kristian”
Saudara maaf. Maaf dan sekali lagi maaf dipohon. Toleransi kita perlu ada batasnya !
Anda tahu apa yang sudah jadi pada umat Islam di Indonesia ?
Geraja dibenarkan menggunakan nama “rumah Allah !” Anda tahu apa hasilnya ?
Berbondong-bondong umat Islam di sana telah memeluk agama Kristian !
Ok stop. Itu keadaan umat Islam di sana. Anda boleh tonton salah satu bahayanya melalui video klip
dan
dan banyak lagi. Statistik menunjukkan umat Islam di Malaysia juga berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Anda tahu kesan pembinaan Geraja terbesar di Asia Tenggara yang terletak di Bukit Jalil ?Kesannya adalah untuk menyebar luaskan perkembangan agama Kristian di Malaysia.
Takut ? Atau masih mahu bertoleransi lagi ?
Statistik menunjukkan kadar kenaikkan orang yang mengganut agama Kristian berlaku pada kadar 0.3%-0.4% setiap tahun. (sumber)
Dan jangkaan menunjukkan menjelang tahun 2100, jumlah umat Islam di Malaysia akan menyamai jumlah penganut Kristian iaitu 40% . Takutkah kita ? (sumber)
Atau masih mahu bertoleransi lagi. Kita mungkin kata tidak apa sekarang. Tetapi jika perkara ini terjadi pada anak cucu kita ? Atau adik beradik kita sendiri ? Apa kita mahu kata ?
Jika anda mahu rasa bahangnya, anda pergilah belajar di bumi Sunway ini. Baru anda tahu betapa giatnya bahang dakwah mereka !
Jadi apa tindakan kita ?
Imam Hassan Al Banna dalam majmu’ rasail menegaskan bahawa ;
“Pertubuhan Ikhwan al Muslimin telah memainkan peranan yang besar dalam berhadapan dengan ancaman gerakan kristianisasi yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dan miskin. Masalah ini bukan sahaja berlaku sejak akhir-akhir ini malah semenjak sekian lama.
Rumah-rumah milik anggota Ikhwan akan menjadi tempat perlindungan golongan yang menjadi sasaran kristianisasi ini. Bengkel-bengkel pertukangan bersedia menjadi tempat pengajian mereka. Sekolah Ikhwan sedia menerima kedatangan mereka. Unit-unit khas Ikhwan mengingatan orang ramai mengenai ancaman Kristianisasi ini.
Gerakan ini mengugat akidah orang ramai dengan mengambil kesempatan kepada kemiskinan dan kesusahan hidup yang melanda untuk menyesatkan orang ramai”
Majmu’ rasail :ms 472
Liberalisme dan sekularisme
Boleh tak, andai ini menjadi tugasan kita bersama ? Jika kita sayangkan agama ini. Please, please dan please, sila la google dan klik mengenai ancaman liberalisme dan sekularisme di Malaysia !
Lihat, siapa dalang, siapa tokoh dan siapa yang berselindung di sebaliknya.
Kita mahu menjadi Muslim yang sangat cakna tahap 3.0 !
Adakah sama orang Islam yang berjuang untuk diri sendiri dan berjuang untuk agamanya ?
Sentimen vs Sensitiviti
“Kami kira sampai tiga ! Jika anda tidak mahu keluar ! Kami akan pecahkan tingkap ini ! “
“Satu ! Dua ! Tiga ! Rempuh !!!!!!!!! “
“Allahuakbar !!!!”
Dialog ini masih terngiang-ngiang lagi. Pada ketika itu, umat Islam sedang berkumpul mengadakan rapat umum di hadapan Makhamah tinggi perseketuan membantah isu murtad lina Joy !
Adakah itu yang dipanggil sentimen atau sensitiviti ?
“Kita boikot barangan tenusu dari Denmark !”
“**#^$*# punya manusia ! “
Pada ketika itu isu yang hangat diperkatakan adalah tentang penghinaan karikatur Nabi Muhammad saw oleh sebuah akhbat tempatan Denmark.
Persoalannya adakah itu yang dipanggil sentimen atau sensitiviti ?
Isu Irshad Manji ?
Beratus-ratus ribu gambar diupload di facebook menyatakan bantahan terhadap beliau ?
Namun, adakah itu yang dipanggil sentimen ataupun sensitiviti ?
Dan kini, Isu penghinaan Nabi Muhammad saw.
Ramai umat Islam di Malaysia menzahirkan rasa ketidakpuas hatian mereka itu melalui pelbagai medium.
Rapat umum. Tulisan. Bantahan ke kedutaan.
Namun, adakah itu benar-benar sensitiviti ataupun sentimen ?
Bagaimana pula dengan isu LGBT ?
Gerakkan memurtadkan orang Islam ?
Dan beberapa lagi isu umat Islam yang dilihat tenggelam dek kerana arus politik yang ganas membadai ?
Persoalannya.
Kenapa harus diam !
Konsistenlah !
Haram katakan haram ! Halal katakan halal !
Usah berdiam sirna ,
Diam itu tandanya sentimen ! Bising itu tandanya sensitiviti !
Itulah apa yang masyarakat kita faham !
Mencari dan kembali kepada punca masalah
Umat Islam akan sentiasa dihina jika mereka berpecah belah dan tiada kesatuan.
Pihak yang satu asyik menjatuhkan yang lagi satu, pihak yang lagi satu pula asyik menjatuhkan yang satu.
Rutin akan kekal menjadi rutin jika tiada kesatuan.
Maaflah, andai Isu melibatkan aqidah umat Islam iaitu penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw pun kita gagal untuk bersatu, usah dicakapkan ke arah perpaduan ummat yang lebih besar. Kejayaan Islam yang lebih gemilang.
Usah !
Baru-baru ini saya menonton, discovery channel. Anda tahu apa yang menariknya ? Mythbuster berjaya merungkai mitos yang mengatakan bahawa gajah sebenarnya takut kepada tikus !
Benar ! Ini buktinya
Makanya saya terfikir, keadaan umat Islam sekarang bolehlah dianalogikan seperti seekor gajah yang besar. Tetapi takut pada tikus yang kecil !
Kenapa ?
Fikir-fikirkan sendiri.
Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Bila Hati BerBicaRa ♥♥


♥ Saya tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt…♥ Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH…♥ Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada…♥ Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan… ♥ Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA… ♥ Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya … ♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina… ♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia… ♥