Saturday, October 13, 2012

Seperti Usrah DI bAwAh temPurung



psss... sharing is caring kann.. sebagai umat islam @ remaja islam yg byk kekurngan diri ni.. yg tau pk jodoh..jodoh.. n jodoh je.. tp xpenah ke kita pk.. apa yg umat islam lain alami.. so from http://dakwat.org/?p=1567.. jom kita amek tahu apa yg perlu as a muslim tau ttg perkembangan islam :)

“Anta tahu tak pasal isu umat Islam di Syria ? “
“Err..tak tahu “
“Palestin “
“Err.. tahu sikit “
“Rohingya”
“Err.. tak tahu lansung”
“Bahaya Syiah ? “
“Apa ! tak tahu pun Syiah tu bahaya “
“Kristianisasi (murtad) ? “
“Ada ke orang Islam murtad ? “
“Tak da pun” *mata ke atas tangga ke bahu !
Apa pandangan kita ?
Apa agaknya pandangan kita mengenai keadaan umat Islam di Malaysia dan serata dunia ?
1) Islam semakin baik ?
2) Islam semakin lemah tetapi boleh bertahan ?
3) Islam semakin terancam ?
4) Tidak pernah terfikir pun pasal keadaan Islam
Ada dua jawapan paling common jika saya tanyakan pada semua. Jawapan itu adalah.
1 dan 4.
Kelompok yang mengikuti usrah kebanyakannya akan mengatakan keadaan Islam semakin baik, baik di Malaysia mahupun seantero dunia.
Ya ! Itu benar. Saya tidak nafikan. Dan dalam keadaan mereka hidup dalam kelompokan itu sahaja, mereka kurang tertedah, bahawa umat ini sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat bahaya dan genting !
Maaf ikhwah, maaf sekali lagi ikhwah !
Anda berbulatan gembira, bermain belon sabun air, berukhuwah manis-manis, namun apa guna andai itu semua tidak dapat kita aplikasikan dalam dunia sebenar !
Dunia realiti ! Usrah itu bukan hanya dalam lingkungan kita sahaja.Lingkungan orang baik-baik, tetapi usrah itu menuntut supaya kita berfikir untuk ummat, pergi lebih jauh, perhalusi setiap isu lebih dalam ! Pergi pada dunia luar, buka mata, buka telinga.
Jangan jadi orang yang syiok sendiri dengan tarbiyah. Sibuk hadam segala bagai buku fikrah dan dakwah, tapi bila sebut, isu umat Islam ?ha … terlopong .. isu Rohingya ? kaum gasar apa tu bro ? Isu kristianisasi ? kau biar betul ? Sekularisme ? Liberalisme ? Ha ? Lagi aku tak tau ?
Usrah macam ni, namanya usrah di bawah tempurung !
Lalu, kelompok ke dua pula adalah segelintir kelompok masyarakat marhaen.
“Tidak pernah fikir pun pasal keadaan umat Islam ! “
Sedihnya.
Lebih sedih lagi, andai kita sebagai seorang daie tidak memahamkan pada mereka.
Isu umat islam di Syria
Krisis di Syria bagai tiada hentinya. Bermula seawal bulan march tahun lepas hingga kini, masih tiada lagi tanda mahu kunjung reda.
Syeikh Samir dengan tegas menegaskan bahawa hal ini menuntut pemerhatian umat Islam yang besar ! Sungguh besar !
“Al Aqsa tidak akan terbebas selagi Suria tidak dibebaskan ! ”Lantang, sungguh lantang suaranya.
“Ramai umat Islam kita tertipu dengan Syiah ! Tertipu ! “
“15% Syiah Nusaibah pimpinan Basyar Assad tegar membunuh, merogol,dan membakar umat Islam Sunni di Syria yang berjumlah 85% ! “
“Lalu, kita masih boleh berkata, mereka adalah hero umat Islam, hero umat Islam ! “
“Mana pergi sensitiviti kita wahai umat Islam ? “
“Revolusi Islam Iran telah berjaya memadamkan mata kita pada kekejaman yang dibuat oleh Hafiz Al Assad pada tahun 1982 ! “
“Lebih 60 ribu orang Islam dibunuh di bandar Hamra”
“Dunia sunyi sepi ! Tiada yang tahu ! “
“Tiada siapa yang tahu “
“Mana perginya umat Islam !”
Sedih.. saya sungguh sedih.
Air mata terasa mahu mengalir deras.
Kenapa aku tidak tahu ?
Kristianisasi
“Tak pe lah, biar depa p berdakwah”
“Diorang pun mahu sebarkan agama Kristian”
Saudara maaf. Maaf dan sekali lagi maaf dipohon. Toleransi kita perlu ada batasnya !
Anda tahu apa yang sudah jadi pada umat Islam di Indonesia ?
Geraja dibenarkan menggunakan nama “rumah Allah !” Anda tahu apa hasilnya ?
Berbondong-bondong umat Islam di sana telah memeluk agama Kristian !
Ok stop. Itu keadaan umat Islam di sana. Anda boleh tonton salah satu bahayanya melalui video klip
dan
dan banyak lagi. Statistik menunjukkan umat Islam di Malaysia juga berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Anda tahu kesan pembinaan Geraja terbesar di Asia Tenggara yang terletak di Bukit Jalil ?Kesannya adalah untuk menyebar luaskan perkembangan agama Kristian di Malaysia.
Takut ? Atau masih mahu bertoleransi lagi ?
Statistik menunjukkan kadar kenaikkan orang yang mengganut agama Kristian berlaku pada kadar 0.3%-0.4% setiap tahun. (sumber)
Dan jangkaan menunjukkan menjelang tahun 2100, jumlah umat Islam di Malaysia akan menyamai jumlah penganut Kristian iaitu 40% . Takutkah kita ? (sumber)
Atau masih mahu bertoleransi lagi. Kita mungkin kata tidak apa sekarang. Tetapi jika perkara ini terjadi pada anak cucu kita ? Atau adik beradik kita sendiri ? Apa kita mahu kata ?
Jika anda mahu rasa bahangnya, anda pergilah belajar di bumi Sunway ini. Baru anda tahu betapa giatnya bahang dakwah mereka !
Jadi apa tindakan kita ?
Imam Hassan Al Banna dalam majmu’ rasail menegaskan bahawa ;
“Pertubuhan Ikhwan al Muslimin telah memainkan peranan yang besar dalam berhadapan dengan ancaman gerakan kristianisasi yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dan miskin. Masalah ini bukan sahaja berlaku sejak akhir-akhir ini malah semenjak sekian lama.
Rumah-rumah milik anggota Ikhwan akan menjadi tempat perlindungan golongan yang menjadi sasaran kristianisasi ini. Bengkel-bengkel pertukangan bersedia menjadi tempat pengajian mereka. Sekolah Ikhwan sedia menerima kedatangan mereka. Unit-unit khas Ikhwan mengingatan orang ramai mengenai ancaman Kristianisasi ini.
Gerakan ini mengugat akidah orang ramai dengan mengambil kesempatan kepada kemiskinan dan kesusahan hidup yang melanda untuk menyesatkan orang ramai”
Majmu’ rasail :ms 472
Liberalisme dan sekularisme
Boleh tak, andai ini menjadi tugasan kita bersama ? Jika kita sayangkan agama ini. Please, please dan please, sila la google dan klik mengenai ancaman liberalisme dan sekularisme di Malaysia !
Lihat, siapa dalang, siapa tokoh dan siapa yang berselindung di sebaliknya.
Kita mahu menjadi Muslim yang sangat cakna tahap 3.0 !
Adakah sama orang Islam yang berjuang untuk diri sendiri dan berjuang untuk agamanya ?
Sentimen vs Sensitiviti
“Kami kira sampai tiga ! Jika anda tidak mahu keluar ! Kami akan pecahkan tingkap ini ! “
“Satu ! Dua ! Tiga ! Rempuh !!!!!!!!! “
“Allahuakbar !!!!”
Dialog ini masih terngiang-ngiang lagi. Pada ketika itu, umat Islam sedang berkumpul mengadakan rapat umum di hadapan Makhamah tinggi perseketuan membantah isu murtad lina Joy !
Adakah itu yang dipanggil sentimen atau sensitiviti ?
“Kita boikot barangan tenusu dari Denmark !”
“**#^$*# punya manusia ! “
Pada ketika itu isu yang hangat diperkatakan adalah tentang penghinaan karikatur Nabi Muhammad saw oleh sebuah akhbat tempatan Denmark.
Persoalannya adakah itu yang dipanggil sentimen atau sensitiviti ?
Isu Irshad Manji ?
Beratus-ratus ribu gambar diupload di facebook menyatakan bantahan terhadap beliau ?
Namun, adakah itu yang dipanggil sentimen ataupun sensitiviti ?
Dan kini, Isu penghinaan Nabi Muhammad saw.
Ramai umat Islam di Malaysia menzahirkan rasa ketidakpuas hatian mereka itu melalui pelbagai medium.
Rapat umum. Tulisan. Bantahan ke kedutaan.
Namun, adakah itu benar-benar sensitiviti ataupun sentimen ?
Bagaimana pula dengan isu LGBT ?
Gerakkan memurtadkan orang Islam ?
Dan beberapa lagi isu umat Islam yang dilihat tenggelam dek kerana arus politik yang ganas membadai ?
Persoalannya.
Kenapa harus diam !
Konsistenlah !
Haram katakan haram ! Halal katakan halal !
Usah berdiam sirna ,
Diam itu tandanya sentimen ! Bising itu tandanya sensitiviti !
Itulah apa yang masyarakat kita faham !
Mencari dan kembali kepada punca masalah
Umat Islam akan sentiasa dihina jika mereka berpecah belah dan tiada kesatuan.
Pihak yang satu asyik menjatuhkan yang lagi satu, pihak yang lagi satu pula asyik menjatuhkan yang satu.
Rutin akan kekal menjadi rutin jika tiada kesatuan.
Maaflah, andai Isu melibatkan aqidah umat Islam iaitu penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw pun kita gagal untuk bersatu, usah dicakapkan ke arah perpaduan ummat yang lebih besar. Kejayaan Islam yang lebih gemilang.
Usah !
Baru-baru ini saya menonton, discovery channel. Anda tahu apa yang menariknya ? Mythbuster berjaya merungkai mitos yang mengatakan bahawa gajah sebenarnya takut kepada tikus !
Benar ! Ini buktinya
Makanya saya terfikir, keadaan umat Islam sekarang bolehlah dianalogikan seperti seekor gajah yang besar. Tetapi takut pada tikus yang kecil !
Kenapa ?
Fikir-fikirkan sendiri.
Wallahualam.


Wednesday, September 19, 2012

•♥•Suara hati •♥•



YA ALLAH..

Berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMU.
Berilah aku petunjuk dan hidayah agar aku tidak sesat.
Terangilah jalanku dengan cahayaMU

YA ALLAH..
Jadikanlah aku orang-orang yang kuat dan sabar
dalam melayani kehendakMU
Jadikanlah aku orang-orang yang redha
atas sesuatu perkara yang menimpa.
Jadikanlah aku setabah para utusanMU
ketika mereka sedang berjihad,
hingga akhirnya mereka menang memerangi musuhMU

YA ALLAH..
Berikanlah berita gembira buatku,
dan buat mereka
yang sentiasa sabar dengan ujian yang menimpa.
Bukakan mata hati dan mata batinku
agar aku bisa memahami
hikmah yang ENGKAU turunkan.

YA ALLAH..
Jadikanlah aku hambaMU
yang bersyukur atas nikmat dan rahmat
yang ENGKAU kurniakan.
Hindarilah aku daripada menjadi orang-orang yang lalai
dan hindari juga aku dari menjadi orang-orang yang fasik.

YA ALLAH..
Janganlah Engkau putuskan nikmat
yang ENGKAU berikan padaku.
Pimpinlah aku
agar terus berada di landasanMU yang benar ini.
Pimpinlah aku YA ALLAH
menjadi WANITA SOLEHAH DAN BAIK BUDI SERTA AKHLAKNYA.

YA ALLAH..
Ampuni segala dosa yang telah aku lakukan.
Berikanlah aku kejayaan di Dunia dan di Akhirat....
آمين يا رب العالمين

Tuesday, September 18, 2012

Ya Rabb










Ya Allah..


Peluklah hati ini di saat aku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini, kadang-kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku…

Ya Rabb..

Biarlah kusimpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-MU perasaan ini, agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang untuk bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU Ya ALLAH….

Ya Rabb…

Tuntunlah Hati hambamu ini agar aku hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar pilihan-MU bukan semata-mata pilihan nafsuku.

Ya Rabb,,,

Jika dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku,boleh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah dan warrahmah.

Tapi kalau bukan dia yang terbaik, Maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta, Jadikanlah kekaguman ku sama seperti orang lain kagum padanya, Engkaulah Maha Mengetahui. Maka kutitipkan rasa ini, kuserahkan semuanya pada-Mu,kerana semua ini adalah milik-Mu..

Aamiin ya Rabbal’ alamiin

Thursday, September 13, 2012

KERANA SEHELAI BULU MATA






Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada sorang hamba Allah sedang diadili.

Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat.

Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit
dan bumi,sungguh tidak benar.

Saya tak pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada.

Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?

Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang,"

Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan selambanya, "Saya yang merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi.

Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi,

"Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.

Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?

Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Monday, July 2, 2012

menjadi muslimah sejati






Apakah semerbak melur ini,

apakah wangi kasturi ini,
apakah ini sampai ajalku?

apakah nafas ini,
apakah nyawa ini,
kalbu, roh, dan jasad ini,
akan kau ambil sekejap lagi?

pohonku hanyalah 1,
Kau jadikanlah aku seorang yang beriman,
sebelum Mungkar dan Nangkir menyoal "Marobbuka....."



hmm.. tersentuh hati aku dgn sajak Catriana ross dlm halaqah "mati hidup semula"...
sajak ni sikit sebanyak wat aku terfikir.. sempat ke 'Kau jadikan aku seorang yang beriman, sebelum mungkar dan nangkir menyoal marobbuka'... hmm.. i'm not a perfect muslimah.. but i'm trying to be muslimah sejati.. insyaallah one day.. sedikit demi sedikit.. so....
i wanna share about dialog seorang anak n ayahnda tntg muslimah sejati.. so boleh la kita sama2 belajar.. :)





Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”



Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari


kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu

peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan

hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus

menyambung,



“Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk

tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk

tubuhnya yang mempersona itu".


"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi

dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.


Muslimah sejati bukanlah dilihat

dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya

bicarakan.



Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari

bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran".

Berdasarkan ayat 31,surah An

Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat,"Seseorang wanita islam hanya

boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan

mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).


“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga

menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan

yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32).


“Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.


“Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand

tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang

dipakainya.



Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi

jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".



"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani

tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan

kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang

diberi.



Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul

tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.


Setelah itu si anak bertanya,



”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?

mampu dan layakkah saya ayah?”.



Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya

nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah

kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu

terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.


“Apabila seorang

perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan

mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia

kehendakinya”. (riwayat Al Bazzar)


Sunday, June 24, 2012

♥♥ jika aku jatuh hati ♥♥






Ya Allah..
jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya
padaMu, agar bertambah kekuatanku
untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati
izinkanlah aku
menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling
dariMu

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu
rindukanlah aku
pada seseorang
yang merindui
syahid di jalanMu

Ya Allah,
jika aku jatuh hati
pada kekasihMu
jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan
menyeru manusia kepadaMu
jangan biarkan aku
melampaui batas
sehingga melupakan
aku kepadaMu
Ameen...

Sunday, June 17, 2012

Hidup bukan mudah tp indah ♥♥♥♥♥



♥♥♥♥: Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..

♥♥♥♥: Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

♥♥♥♥: Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

♥♥♥♥♥: Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

♥♥♥♥: Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki..


ya allah.. sesungguhnya aku bersyukur di atas semua yg telah Kau kurniakan padaku

Bila Hati BerBicaRa ♥♥


♥ Saya tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt…♥ Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH…♥ Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada…♥ Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan… ♥ Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA… ♥ Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya … ♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina… ♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia… ♥