Thursday, November 14, 2013

BaiTul MusliM - PerseDiaan


Bismillahirrahmanirahim... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

krikkkk....krikkk...  dah bersawang-sawang dah blog ni... 
okok... busybusy..tapi nak gak update sikit.. tetiba malam ni idea mencurah-curah nak menulis pulak..



Back to topic.. Pernah dengar kalimah 'Baitul muslim'? hurmmm... hehe dulu ana mengimpikan pernikahan mewah yang dihadiri ribuan org.. Pakaian perkahwinan mestila nak yang panjang meleret belum dengan labuci + glam penuh satu baju tu.. ditambah pulak dengan kasut tinggi seinci.. hehe.. pastu mestila nak macam adik beradik yang lain kan... nak buat kat hotel... takpon perkahwinan dalam taman. Bagi ana dulu, itulah kebahagiaan.

Tatkala usia makin bertambah,tanpa sedar ada sesuatu yang mematangkan ana. Kebahagiaan bukanlah apabila kita berbelanja ribuan ringgit untuk satu hari je. Kebahagiaan juga bukanlah tatkala kita mendapat pasangan yang hensem atau kaya atau "mr perfect". Tapi ia lebih kepada melayari bahtera hari-hari selepas itu.

Perkahwinan bukan saja menyatukan dua hati , menghalalkan apa yang haram atau boleh bergurau senda dengan pasangan.. tapi ianya lebih dari itu...

Baitul muslim yang sebenar adalah untuk membina keluarga yang diredhai Allah, keperluan mencari suami atau isteri yang diredhai Allah, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan Allah dan seterusnya terhasillah masyarakat yang faham ISLAM.

Proses ke arah baitul muslim sebenarnya bukanlah bermula selepas akad nikah, tapi bertahun-tahun sebelum itu.. contohnya kisah imam syafie (betulkan ana ye kalau salah).. beliau merupakan tokoh islam yang sangat terkemuka di zamannya dan sangat hebat baik dari segi ilmunya mahupun sumbangannya.. Hebatnya imam syafie, beliau boleh hafal kitab muata' dalam masa 3 malam je.. Ketika ditanya kepada bapa beliau rahsia mendidik anaknya sehingga begitu hebat? lantas beliau menjawab, "aku menyediakan diriku selama 20 tahun sebelum kelahirannya". haaaaa maksudnya, bapa imam syafie ni menjaga dari semua aspek, daripada pembinaan dirinya sendiri, sehinggalah saat memilih isteri dan mendirikan rumah tangga.




Hurmm.. indahnya andai si muslimin bisa menjadi seperti yang didambakan. Dapat saling melengkapi kelebihan dan kekurangan and yang paling penting dapat saling berbakti untuk Islam. Dapat menyumbangkan sesuatu buat ummah.. Pernah ana terbaca satu coretan ni.. insyaAllah moga dapat dipraktikan..

 Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI....

1 comment:

Bila Hati BerBicaRa ♥♥


♥ Saya tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt…♥ Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH…♥ Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada…♥ Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan… ♥ Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA… ♥ Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya … ♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina… ♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia… ♥